Coach Cyrille Dhillon Tahing. Berumur 44 tahun, Cyrille Dhillon merupakan bekas atlit muaythai di bawah naungan Persatuan Muaythai Sabah dalam kategori 67kg dan bergiat aktif dalam sukan ini suda 7 tahun. Terkini beliau merupakan pengasas dan ketua jurulatih untuk kelab Revolution combat Gym yang suda bergiat aktif dari tahun 2015 dan juga telah menghasilkan ramai atlit muaythai yang telah berjaya mewakili kejohanan dari peringkat daerah sehingga kebangsaan. Beliau juga kini bergiat aktif dalam Persatuan Muaythai Negeri Sabah dan menjadi salah satu Ahli Majlis Tertinggi persatuan. Beliau juga adalah salah satu JURULATIH NEGERI SABAH yang bertanggungjawab untuk melatih atlit yang mewakili negeri Sabah untuk kejohanan Muay Thai peringkat kebangsaan dan Peringkat antarabangsa yang di iktiraf oleh Majlis Sukan Negara.
Beliau memegang kelulusan sijil sains sukan Tahap 3 dan memegang Lesen A Jurulatih Muay Thai SPKK Institut Sukan Negara Tahap 3 dan juga memegang Lesen C untuk sukan Bina Badan. Peringkat Khan/grade beliau terkini adalah Khan 9. Beliau juga pernah memenangi anugerah jurulatih terbaik NEGERI SABAH untuk tahun 2017-2018 peringkat negeri Sabah di bawah kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Majlis Sukan Negara Negeri Sabah.
Check here for this athlete's results after the first completed event.
27 Jun, 2019
30 Jun, 2019 |
Muaythai Antara Kelab 2019 Kejohanan Muaythai Antara Kelab-Kelab Muaythai Peringkat Kebangsaan 2019 - REMOVED FROM EVENT
Jalan Tampoi, Johor Bahru, 01, MY |
View | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||